KUNJUNGAN HORMAT PUAN SELINA YEOP JR, PEREKA BEG TANGAN TEMPATAN MALAYSIA, 4 SEPTEMBER 2017

Source:www.kln.gov.my

TYT Syed Hasrin menerima kunjungan hormat daripada Puan Selina Yeop Jr, pereka beg tangan tempatan Malaysia pada 4 September 2017 di Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi. Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh En. Remee Yaakob, Konsul Perdagangan, MATRADE Dubai. Perbincangan tersebut menjurus kepada peluang-peluang yang boleh diterokai dalam bidang fesyen di UAE bagi pereka-pereka fesyen Malaysia.